Diberi nafas baharu Penawar_Rindu

"Penawar Rindu"
Single oleh Rafeah Buang
daripada album Di Luar Jendela
Dikeluarkan pada1982
FormatKaset
GenreGhazal, Pop
Panjang-
SyarikatPolygram
PenulisAtan Ahmad
PenerbitOoi Euw Jin
"Penawar Rindu"
Single oleh Noraniza Idris
daripada album Sawo Matang
Dikeluarkan pada2004
FormatCD
GenreGhazal, Pop Fusion
Panjang-
SyarikatGerak Budaya, Universal Music
PenulisAtan Ahmad
PenerbitFareez, Noraniza Idris
"Penawar Rindu"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Kasih
Dikeluarkan pada12 April 2006
FormatCD
GenreR&B, Ghazal, Pop
Panjang-
SyarikatDNAD, New Southern Records
PenulisAtan Ahmad
PenerbitJenny Chin
Kronologi single Dayang Nurfaizah
"Kasih"
2005
"Penawar Rindu"
2006
"Taurus (Penawar Rindu)"
2006
"Taurus (Penawar Rindu)"
Single oleh Imran Ajmain menampilkan Altimet & Dayang Nurfaizah
daripada album Dengan Secara Kebetulan
Dikeluarkan pada12 September 2006
FormatCD
GenreR&B, Hip Hop, Ghazal, Pop
Panjang-
SyarikatTworookies
PenulisAtan Ahmad, Imran Ajmain ,Norazhar avex Yunus & Ahmad Alhadad
Kronologi single Imran Ajmain menampilkan Altimet & Dayang Nurfaizah
Imran Ajmain
"Sudah Tu Sudah"

Dayang Nurfaizah
"Penawar Rindu"

2006
"Taurus (Penawar Rindu)"

2006
Imran Ajmain'
"Seribu Tahun"

Dayang Nurfaizah
"Oh Kasih"

2007

Sejak era 1980an, lagu ini sering menjadi pilihan untuk dijadikan nafas baru ataupun eksperimen. Biduanita tersohor Rafeah Buang merakamkan semula lagu ini dengan iringan ghazal moden dalam album beliau yang berjudul Di Luar Jendela pada tahun 1982. Ia mempopularkan lagu ini sepanjang era 80an.

Pada tahun 2004, Ratu Pop Tradisional Noraniza Idris merakamkan lagu ghazal ini dengan versi pop kontemporari dalam album solo beliau Sawo Matang. Muziknya dirancakkan lebih sedikit dan Noraniza menggabungkannya dengan pop dan menjadi sebuah lagu fusion. Album tersebut berjaya memenangi kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2005.

Setahun kemudian, giliran penyanyi R&B terkenal Dayang Nurfaizah pula merakamkan lagu ini dan menariknya lagu ini dirakamkan dalam bentuk R&B. Ia diperdengarkan kepada umum ketika berlangsungnya acara Anugerah Juara Lagu Ke- 21 pada tahun 2006. Dayang merakamkan lagu ini di bawah bimbingan penggubah Zailan Razak dan Jenny Chin dan ia dijadikan single ketiga untuk album klasik beliau yang berjudul Kasih . Album tersebut memenangi anugerah Rakaman Album Terbaik ketika Anugerah Industri Muzik 2006.

Selepas meluncurnya single Penawar Rindu versi R&B oleh Dayang, nyanyian penyanyi ini dijadikan sample dalam lagu Taurus oleh penyanyi Singapura, Imran Ajmain. Ia sebuah lagu R&B yang digabungkan dengan irama Hip Hop dan sampling nyanyian Dayang dimuatkan sebagai korus. Selain itu sample nyanyian dan melodi lagu Dayang Sayang Kamu oleh Dayang & Cat Farish juga dimuatkan sebagai outro. Ia dijadikan single untuk album solo penyanyi itu yang berjudul Dengan Secara Kebetulan dan diakui sebagai sebuah lagu urban yang memberi nafas baru dengan cara tersendiri.

Kumpulan pop rock Butterfly merakamkan lagu ini dengan versi alternatif dalam album mereka pada tahun 2007. Penyanyi Amylea Azizan pernah menyanyikan lagu ini ketika bertanding dalam Akademi Fantasia musim ketiga dimana rakaman persembahannya dipasarkan dalam bentuk VCD dan CD berjudul The Best of Amylea pada tahun 2005.